Pages

Saturday 3 September 2011

Pengenalan KSKM

KSKM merupakan singkatan nama bagi Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pelajaran Malaysia.

SEJARAH KSKM

Ditubuhkan pada tahun 1964 dan mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia. KSKM merupakan sebuah kesatuan khusus yang mewakili semua kakitangan makmal yang bertugas dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1965, KSKM telah bergabung dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kini bergerak aktif sebagai :-

          *   Ahli Majlis Kongras CUEPACS
          *   Wakil KSKM ke Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) bagi Kumpulan Ssains dan Sokongan
          *   Ahli Jawatankuasa Gred dan Bahagian Wanita CUEPACS
          *   Ahli Jawatankuasa CUEPACS Bahagian.

FAEDAH YANG DIBERIKAN OLEH KSKM

#   Berpeluang menghadiri kursus yang dianjurkan oleh KSKM/PPD/JPN
#   Dapat membantu menangani pertikaian pekerjaan yang dialami.
#   Menerima sumbangan Persaraan sebanyak RM 200.00
#   Menerima sumbangan Khairat Kematian sebanyak RM 300.00
#   Sumbangan Kebajikan
#   Mendapat sokongan daripada Kesatuan.


MOTO KSKM MALAYSIA

KERJASAMA, KUKUH, MAJU


MISI KSKM MALAYSIA

Akan melahirkan warga Pembantu Makmal yang berketrampilan dengan meningkatkan kecemerlangan diri melalui aktiviti keilmuan berlandaskan teknologi dan kamunikasi berkesan.


VISI KSKM MALAYSIA

Menjadi pemimpin dalam memertabatkan perkhidmatan dan memperkasakan minda ahli sehingga menjadi model kepada kecemerlangan budaya kerja korporat, intergriti dan sahsiah diri.

Bagaimana untuk menjadi ahli KSKM

i)   Mengisi borang keahlian yang boleh didapati daripada Setiausaha KSKM Negeri Selangor dan wakil-     wakil daerah.

ii)  Sertakan Wang Pos bernilai RM 16.00 atas nama Bendahari KSKM, salinan slip gaji terkini dan juga salianan Kad Pengenalan.

iii) Potongan sebanyak RM 5.00 sebulan melalui potongan Biro ANGKASA.

*Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan :-

   Saudara Zainal bin Abu Hassan
   Pengerusi KSKM Selangor
   D/a :-   SMK Sultan Abdul Samad, Klang

   atau

   Saudari Puteh binti Rejab
   Setiausaha KSKM Selangor
   D/a :- SMK Saujana Utama, Sg. Buloh

   atau

   Setiausaha Agung KSKM
   Kementerian Pelajaran Malaysia
   23-6-2 Diamond Square
   Jalan 3/50, Off Jalan Gombak
   53000 Kuala Lumpur
   Tel :- 03-4023 9208

No comments:

Post a Comment